May merupakan jenama penjagaan badan yang sudah tidak asing lagi di negara kita. Dengan pelbagai variasi produk mandian badan yang sesuai dengan kulit penduduk Asia, May terus kukuh melebarkan sayapnya.
Dan baru-baru ini, MAY telah memperkenalkan rangkaian sabun dan krim mandian terbaru mereka, MAY Diamond Dazzle. Buih mandian khas ini memiliki elemen mewah yang diadun dengan garam laut dan mempunyai efek berkilau.
Jadi tidak hairanlah jenama May terus mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia kerana pelbagai variasi krim mandian yang menjadi pilihan dengan harga yang mampu milik.